Sunday, July 12, 2020

SUDUT EKSA ZON ZIRCON (FIZIKAL DAN MAYA)






KEPERLUAN SUDUT EKSA 

Kaedah penyaluran penyampaian. Ia diseragamkan secara maya (website/PowerPoint Presentation/Interaktif) setiap Zon di Jabatan Imigresen Malaysia. Bagi Sudut Induk Zon Zircon perlu kedua-duanya (fizikal dan maya). Sudut EKSA setiap zon di Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) perlu mengandungi perkara-perkara berikut: 

a. Dasar dan Objektif Amalan EKSA JIM; 
b. Carta Organisasi Amalan EKSA (Induk dan zon); 
c. Carta Perbatuan/Gantt Chart Zon; 
d. Pelan Lantai Zon EKSA; 
e. Rekod aktiviti sebelum dan selepas pelaksanaan sesuatu aktiviti EKSA; 
f. Informasi/ hebahan berkaitan Amalan EKSA untuk tujuan promosi; 
g. Logo dan Slogan Amalan EKSA JIM; dan 
h. Tarikh kemaskini sudut EKSA. 

Sekian, terima kasih.


Semoga bermanfaat untuk semua "-"

Friday, July 10, 2020

MENAMBAH BAIK FAIL EKSA ZON ZIRCON


Zon Zircon telah menambaik baik fail EKSA Bahagian dengan membuka fail kulit keras yang terbahagi kepada 4 fail utama iaitu Fail Induk, Fail Jawatankuasa Audit, Fail Jawatankuasa Latihan dan Fail Jawatankuasa Promosi.  

Susunan fail EKSA dengan tagging akan memudahkan carian selain kelihatan kemas dan tersusun.



KEPERLUAN FAIL INDUK, AUDIT, LATIHAN DAN PROMOSI  

Dokumentasi pelaksanaan Amalan EKSA perlu disediakan di peringkat induk, jawatankuasa dan zon. Keperluan dalam fail EKSA adalah seperti berikut: 

i. Pengenalan EKSA – Dasar & Objektif EKSA dan garis panduan EKSA JIM; 
ii. Carta Organisasi EKSA – Fail induk, jawatankuasa dan zon; 
iii. Pelan Lantai (Fail induk dan zon sahaja); 
iv. Carta Perbatuan – Fail induk, Jawatankuasa dan zon; 
v. Minit Mesyuarat – Fail induk, Jawatankuasa dan zon; 
vi. Gambar Aktiviti-Aktiviti EKSA; 
vii. Gambar Sebelum dan Selepas – Fail Induk dan Zon; dan 
viii. Audit (kriteria dan keputusan audit) - Fail induk, Jawatankuasa dan zon. 


Monday, December 9, 2019

JOM EKSA SETIAP HARI JUMAAT JAM 3.00 PETANG



Semua warga Jabatan Imigresen untuk sama-sama menjayakan Program EKSA Jabatan pada setiap hari Jumaat jam 3.00 petang dengan senaman ringan.  Jomm !

Wednesday, November 20, 2019

SEBELUM DAN SELEPAS EKSA

Setelah aktiviti gotong royong Bahagian selesai pada 18 Oktober 2019, gambar-gambar yang dipaparkan dibawah adalah sudut-sudut sebelum dan selepas EKSA bagi Bahagian PUU JIM.

 Ruang Momentoes ad infinitum


 Ruang Pantri


Bilik Pegawai 


 Bilik fail 


Sudut Go Green


AKTIVITI GOTONG-ROYONG EKSA BAHAGIAN PUU

Pada 18 Oktober 2019, Bahagian Penasihat Undang-Undang, Jabatan Imigresen Malaysia telah menjalankan aktiviti EKSA Bahagian dengan menambah sudut-sudut baru yang dinamakan dalam bahasa Latin Maxim iaitu Sudut Momentoes ad Infinitum ( Moments to Continue Forever) dan Sudut Assentio Mentium (The Meeting of Minds) dan juga mengalihkan Sudut EKSA Zon Zircon ke ruang luar pejabat dengan sedikit penambahbaikan baru.

Semua pegawai dan kakitangan membantu menyiapkan sudut-sudut tersebut.





Sunday, October 20, 2019

SUDUT EKSA ZON ZIRCON




Sudut EKSA telah dikemaskini pada 17/10/2019.


KEPERLUAN SUDUT EKSA

i) Sudut EKSA setiap zon mengandungi perkara-perkara berikut ;


  • Nama Zon dan Objektif EKSA
  • Carta Gantt dan Pelan Lantai
  • Carta Organisasi Induk
  • carta Organisasi Zon
  • Rekod Aktiviti (Pamerkan setiap gambar sebelum dan selepas pelaksanaan sesuatu aktiviti EKSA di zon tersebut serta lengkap bertarikh)
  • Logo dan Slogan EKSA Jabatan Imigresen Malaysia 
  • Informasi berkaitan EKSA
  • Kaedah penyaluran penyampaian adalah secara fizikal dengan menggunakan ruang pejabat  (seperti dinding/papan kenyataan) atau secara maya
  • Tarikh kemaskini Sudut EKSA dan lengkap ditandatangani oleh Pengarah Bahagian
  • Bagi subzon yang berminat mengadakan sudut khas bagi mempamerkan aktiviti EKSA termasuk gambar sebelum dan selepas, gotong royong, anygerah, maka sudut tersebut perlu dinamakan sebagai Sudut Informasi EKSA.

CARTA ORGANISASI EKSA ZON ZIRCON


Jawatankuasa Eksa peringkat Zon berperanan :


  • Membentuk hala tuju dan pelan perancangan di peringkat zon
  • Membentuk jawatankuasa peringkat zon
  • Mengenalpasti zon-zon  pelaksanaan aktiviti-aktiviti EKSA peringkat zon
  • Memantau pelaksanaan EKSA peringkat zon
  • Memastikan keseragaman pelaksanaan EKSA sepertimana yang dinyatakan dalam Garis Panduan Pelaksanaan EKSA JIM yang terkini
  • Memastikan semua staf dalam zon terlibat sebagai ahli zon
  • Menyediakan Sudut EKSA Zon di lokasi yang strategik
  • Menyedia dan sentiasa mengemaskini Fail EKSA peringkat zon.