Semua warga Jabatan Imigresen untuk sama-sama menjayakan Program EKSA Jabatan pada setiap hari Jumaat jam 3.00 petang dengan senaman ringan. Jomm !
Merupakan Website Rasmi Sudut Maya EKSA Zon Zircon bagi Bahagian Penasihat Undang-Undang, Jabatan Imigresen Malaysia
Monday, December 9, 2019
Wednesday, November 20, 2019
SEBELUM DAN SELEPAS EKSA
Setelah aktiviti gotong royong Bahagian selesai pada 18 Oktober 2019, gambar-gambar yang dipaparkan dibawah adalah sudut-sudut sebelum dan selepas EKSA bagi Bahagian PUU JIM.
Ruang Momentoes ad infinitum
Ruang Pantri
Bilik Pegawai
Bilik fail
Sudut Go Green
AKTIVITI GOTONG-ROYONG EKSA BAHAGIAN PUU
Pada 18 Oktober 2019, Bahagian Penasihat Undang-Undang, Jabatan Imigresen Malaysia telah menjalankan aktiviti EKSA Bahagian dengan menambah sudut-sudut baru yang dinamakan dalam bahasa Latin Maxim iaitu Sudut Momentoes ad Infinitum ( Moments to Continue Forever) dan Sudut Assentio Mentium (The Meeting of Minds) dan juga mengalihkan Sudut EKSA Zon Zircon ke ruang luar pejabat dengan sedikit penambahbaikan baru.
Semua pegawai dan kakitangan membantu menyiapkan sudut-sudut tersebut.
Sunday, October 20, 2019
SUDUT EKSA ZON ZIRCON
Sudut EKSA telah dikemaskini pada 17/10/2019.
KEPERLUAN SUDUT EKSA
i) Sudut EKSA setiap zon mengandungi perkara-perkara berikut ;
- Nama Zon dan Objektif EKSA
- Carta Gantt dan Pelan Lantai
- Carta Organisasi Induk
- carta Organisasi Zon
- Rekod Aktiviti (Pamerkan setiap gambar sebelum dan selepas pelaksanaan sesuatu aktiviti EKSA di zon tersebut serta lengkap bertarikh)
- Logo dan Slogan EKSA Jabatan Imigresen Malaysia
- Informasi berkaitan EKSA
- Kaedah penyaluran penyampaian adalah secara fizikal dengan menggunakan ruang pejabat (seperti dinding/papan kenyataan) atau secara maya
- Tarikh kemaskini Sudut EKSA dan lengkap ditandatangani oleh Pengarah Bahagian
- Bagi subzon yang berminat mengadakan sudut khas bagi mempamerkan aktiviti EKSA termasuk gambar sebelum dan selepas, gotong royong, anygerah, maka sudut tersebut perlu dinamakan sebagai Sudut Informasi EKSA.
CARTA ORGANISASI EKSA ZON ZIRCON
Jawatankuasa Eksa peringkat Zon berperanan :
- Membentuk hala tuju dan pelan perancangan di peringkat zon
- Membentuk jawatankuasa peringkat zon
- Mengenalpasti zon-zon pelaksanaan aktiviti-aktiviti EKSA peringkat zon
- Memantau pelaksanaan EKSA peringkat zon
- Memastikan keseragaman pelaksanaan EKSA sepertimana yang dinyatakan dalam Garis Panduan Pelaksanaan EKSA JIM yang terkini
- Memastikan semua staf dalam zon terlibat sebagai ahli zon
- Menyediakan Sudut EKSA Zon di lokasi yang strategik
- Menyedia dan sentiasa mengemaskini Fail EKSA peringkat zon.
PRINSIP EKSA
SISIH
i) Memberi tumpuan kepada pengasingan dan pelupusan barangbarang yang tidak diperlukan di tempat kerja.
ii) Aktiviti sisih melibatkan :
• Item yang tiada nilai senang dibuang perlu dibuang segera
• Item yang ada nilai tapi tidak digunakan dan tiada kegunaan
masa akan datang maka dihapuskan / dijual mengikut prosedur
• Item yang tiada nilai tetapi melibatkan kos pelupusan tinggi,
maka kaedah / kos yang paling rendah perlu ditentukan
SUSUN
i) Merujuk kepada prinsip ‘Setiap barang ada tempatnya ada setiap
tempat ‘ada barangnya’. Penekanan tertumpu kepada kaedah
penyusunan yang teratur, kemas, berkesan dan selamat.
ii) Aktiviti ini melibatkan :
• Item disusun dalam aturan First-Expiry-First-Out (Luput Dulu
Keluar Dulu) bagi item yang mempunyai tarikh luput ATAU itemitem yang mempunyai tarikh luput yang sama, maka aturan FirstIn-First-Out (Masuk Dulu - Keluar Dulu) akan digunakan
• Item dilabelkan dengan nama dan nombor indeks
• Item disimpan mengikut kategori
• Item diatur supaya mudah dikesan dan boleh dicapai dalam
masa 30 saat
• Semasa bekerja, kedudukan fail aktif dan bahan rujukan semasa
adalah di atas meja. Selepas digunakan, ia perlu disimpan
kembali ke tempat asal.
SAPU
i) Tindakan diambil bagi memastikan ruang kerja dan peralatan dalam
keadaan bersih dan tidak menjejaskan kualiti peralatan dan kualiti
kerja.
ii) Aktiviti ini melibatkan :
• Menetapkan pemilik (ownership) bagi ruang / perkakas dan
mesin
• Memastikan proses pembersihan dijalankan mengikut jadual
yang telah ditetapkan
• Merekodkan dan melaporkan segala kerosakan untuk tindakan
penyelenggaraan
SERAGAM
i) Piawaian persekitaran berkualiti dipatuhi bagi memastikan tempat
kerja bersih dan teratur sepanjang masa
ii) Tindakan yang diambil adalah untuk mewujudkan keseragaman
prosedur, susun atur atau format
SENTIASA AMAL
i) Tindakan yang diambil adalah mengekalkan semua amalan sisih,
susun, sapu dan seragam serta melakukan penambahbaikan untuk
mempertingkatkan EKSA
ii) Aktiviti ini melibatkan:
• Audit dalaman dilakukan secara berkala
• Aktiviti promosi dijalankan secara berterusan
• Mewujudkan sistem pengiktirafan kepada usaha yang
ditunjukkan oleh warga kerja
• Mengadakan program kesedaran EKSA secara berterusan
melalui latihan.
PENGENALAN EKSA
EKSA telah diperkenalkan mulai Januari 2014 sebagai inisiatif
penjenamaan semula Amalan 5S Sektor Awam dengan mengambil kira
keperluan bagi mengetengahkan persekitaran tempat kerja yang berkualiti
dan kondusif supaya lebih relevan pada Jabatan / Agensi sektor awam di
Malaysia. Langkah penjenamaan semula ini difikirkan sesuai dan seiring
dengan perubahan dan kehendak semasa untuk meningkatkan prestasi
dan daya saing organisasi di samping menyemarakkan lagi budaya kreatif
dan inovatif dalam kalangan jabatan/agensi sektor awam.
Penerbitan Garis Panduan ini diharap dapat memantapkan lagi pengurusan
persekitaran pejabat sehingga semua warga sektor awam dapat bekerja
dalam persekitaran tempat kerja yang sistematik, selesa dan kondusif.
Subscribe to:
Posts (Atom)