Sunday, October 20, 2019

PRINSIP EKSA



SISIH 

i) Memberi tumpuan kepada pengasingan dan pelupusan barangbarang yang tidak diperlukan di tempat kerja. 
ii) Aktiviti sisih melibatkan : 
• Item yang tiada nilai senang dibuang perlu dibuang segera 
• Item yang ada nilai tapi tidak digunakan dan tiada kegunaan masa akan datang maka dihapuskan / dijual mengikut prosedur 
• Item yang tiada nilai tetapi melibatkan kos pelupusan tinggi, maka kaedah / kos yang paling rendah perlu ditentukan 


SUSUN 

i) Merujuk kepada prinsip ‘Setiap barang ada tempatnya ada setiap tempat ‘ada barangnya’. Penekanan tertumpu kepada kaedah penyusunan yang teratur, kemas, berkesan dan selamat. 
ii) Aktiviti ini melibatkan : 
• Item disusun dalam aturan First-Expiry-First-Out (Luput Dulu Keluar Dulu) bagi item yang mempunyai tarikh luput ATAU itemitem yang mempunyai tarikh luput yang sama, maka aturan FirstIn-First-Out (Masuk Dulu - Keluar Dulu) akan digunakan 
• Item dilabelkan dengan nama dan nombor indeks 
• Item disimpan mengikut kategori 
• Item diatur supaya mudah dikesan dan boleh dicapai dalam masa 30 saat 
• Semasa bekerja, kedudukan fail aktif dan bahan rujukan semasa adalah di atas meja. Selepas digunakan, ia perlu disimpan kembali ke tempat asal. 


SAPU 

i) Tindakan diambil bagi memastikan ruang kerja dan peralatan dalam keadaan bersih dan tidak menjejaskan kualiti peralatan dan kualiti kerja. 
ii) Aktiviti ini melibatkan : 
• Menetapkan pemilik (ownership) bagi ruang / perkakas dan mesin 
• Memastikan proses pembersihan dijalankan mengikut jadual yang telah ditetapkan 
• Merekodkan dan melaporkan segala kerosakan untuk tindakan penyelenggaraan 


SERAGAM 

i) Piawaian persekitaran berkualiti dipatuhi bagi memastikan tempat kerja bersih dan teratur sepanjang masa 
ii) Tindakan yang diambil adalah untuk mewujudkan keseragaman prosedur, susun atur atau format 


SENTIASA AMAL 

i) Tindakan yang diambil adalah mengekalkan semua amalan sisih, susun, sapu dan seragam serta melakukan penambahbaikan untuk mempertingkatkan EKSA 
ii) Aktiviti ini melibatkan: 
• Audit dalaman dilakukan secara berkala 
• Aktiviti promosi dijalankan secara berterusan 
• Mewujudkan sistem pengiktirafan kepada usaha yang ditunjukkan oleh warga kerja 
• Mengadakan program kesedaran EKSA secara berterusan melalui latihan. 

No comments:

Post a Comment