Sunday, July 12, 2020

SUDUT EKSA ZON ZIRCON (FIZIKAL DAN MAYA)






KEPERLUAN SUDUT EKSA 

Kaedah penyaluran penyampaian. Ia diseragamkan secara maya (website/PowerPoint Presentation/Interaktif) setiap Zon di Jabatan Imigresen Malaysia. Bagi Sudut Induk Zon Zircon perlu kedua-duanya (fizikal dan maya). Sudut EKSA setiap zon di Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) perlu mengandungi perkara-perkara berikut: 

a. Dasar dan Objektif Amalan EKSA JIM; 
b. Carta Organisasi Amalan EKSA (Induk dan zon); 
c. Carta Perbatuan/Gantt Chart Zon; 
d. Pelan Lantai Zon EKSA; 
e. Rekod aktiviti sebelum dan selepas pelaksanaan sesuatu aktiviti EKSA; 
f. Informasi/ hebahan berkaitan Amalan EKSA untuk tujuan promosi; 
g. Logo dan Slogan Amalan EKSA JIM; dan 
h. Tarikh kemaskini sudut EKSA. 

Sekian, terima kasih.


Semoga bermanfaat untuk semua "-"

Friday, July 10, 2020

MENAMBAH BAIK FAIL EKSA ZON ZIRCON


Zon Zircon telah menambaik baik fail EKSA Bahagian dengan membuka fail kulit keras yang terbahagi kepada 4 fail utama iaitu Fail Induk, Fail Jawatankuasa Audit, Fail Jawatankuasa Latihan dan Fail Jawatankuasa Promosi.  

Susunan fail EKSA dengan tagging akan memudahkan carian selain kelihatan kemas dan tersusun.



KEPERLUAN FAIL INDUK, AUDIT, LATIHAN DAN PROMOSI  

Dokumentasi pelaksanaan Amalan EKSA perlu disediakan di peringkat induk, jawatankuasa dan zon. Keperluan dalam fail EKSA adalah seperti berikut: 

i. Pengenalan EKSA – Dasar & Objektif EKSA dan garis panduan EKSA JIM; 
ii. Carta Organisasi EKSA – Fail induk, jawatankuasa dan zon; 
iii. Pelan Lantai (Fail induk dan zon sahaja); 
iv. Carta Perbatuan – Fail induk, Jawatankuasa dan zon; 
v. Minit Mesyuarat – Fail induk, Jawatankuasa dan zon; 
vi. Gambar Aktiviti-Aktiviti EKSA; 
vii. Gambar Sebelum dan Selepas – Fail Induk dan Zon; dan 
viii. Audit (kriteria dan keputusan audit) - Fail induk, Jawatankuasa dan zon.